PERTUBUHAN BELIA KEBANGSAAN BERSATU SARAWAK (SABERKAS)
PENASIHAT SABERKAS
presiden saberkas
Ikuti Facebook Kami..
calender
visitor counter
KERATAN AKHBAR








SEJARAH SABERKAS
Pada 22 Julai 1972 wakil pelbagai pertubuhan belia di negeri Sarawak, Malaysia iaitu Gabungan Kelab Belia Melayu Sarawak, Majlis Belia Sarawak dan Kelab Bidayuh, menyedari tanggungjawab mereka membaktikan diri mereka untuk berkhidmat kepada negara dan berhasrat untuk bergabung tenaga supaya membentuk satu pertubuhan yang tunggal di negeri Sarawak, berhimpun di Pusat Pelbagai Guna Negeri Sarawak, Jalan Datuk Ong Kee Hui, Kuching, Sarawak. Dan bahawasanya pada hari tersebut, diputuskan dan disetujui supaya dibentuk satu pertubuhan belia yang tunggal yang hendaklah dinamakan sebagai Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu, Sarawak(SABERKAS). Ibu pejabat SABERKAS pada mulanya terletak di sebuah bangunan dalam kawasan tepian Gelanggang Negeri Sarawak, Jalan Datuk Ong Kee Hui, Kuching sebelum ianya dipindahkan ke Tingkat 20, Wisma Saberkas, Jalan Tun Abang Haji Openg.


